Musafir Lalu, Penyejuk Kalbu

"...Jadilah kamu generasi Rabbani-yang sempurna iman dan taqwanya , dikeranakan kamu sentiasa mengajarkan kitab dan dikeranakan kamu sentiasa mempelajarinya." (Ali Imran:79)

Friday, November 19, 2010

Welcome to http://ummu-hanifah.blogspot.com

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya, keadaan blog ini sekarang cukup tidak memuaskan hati saya. Barangkali juga tidak memuaskan hati pengunjung blog ini. Walaupun pelbagai cara saya buat untuk mengupdate, memperbaiki dan memperindahkannya, keadaan menjadi sebaliknya. Jadi, cara yang terbaik adalah saya memutuskan untuk berpindah ke laman blog yang baru.

Kepada pembaca setia blog http://salingmelengkapi.blogspot.com, saya kini sudah beroperasi di laman blog baru iaitu http://ummu-hanifah.blogspot.com.
Sila layari blog tersebut untuk membaca artikel-artikel saya yang terkini.

Sekian, jazakallah khairan katsira

Friday, November 12, 2010

Mandi Wajib

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.



Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

Artikel di atas dikongsi oleh Nor Raihan Abdul Rahim

Labels:

Tuesday, October 26, 2010

Pohon Thoyyibah

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit. (Pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat." (Ibrahim,14:24-25)

Pohon yang apabila akarnya menghunjam kuat ke dalam tanah, batangnya menjulang ke langit, serta memberikan buah setiap musim seizin Rabbnya menggambarkan peribadi seorang mukmin yang aqidahnya kukuh tertancap di dalam jiwa, ibadahnya benar-benar ikhlas mengharap redha Allah serta selalu menampilkan diri dengan akhlaqul karimah setiap saat.

Ketika masih kuliah di matrikulasi, saya berukhwah dengan seorang sahabiah yang mantap ilmu, iman dan amalnya. Dia antara tulang belakang yang mengi'marahkan dan menghidupkan aktiviti surau blok kami. Pernah suatu masa, setelah selesai solat, saya memandangnya dan hati saya tiba-tiba merasa sayu, hiba, insaf dengan kekurangan iman di hati dan tanpa disedari air mata membasahi pipi. Lantas, terus saya berdoa agar Allah memberikan hidayah dan kekuatan istiqomah beramal shalih seperti sahabiah tersebut. Subhanallah, saya selalu berfikir, hanya dengan memandang sahabiah itu saja mampu membuat saya insaf, mungkin iman yang kuat dihatinya terpancar dan dirasai oleh sesiapa sahaja yang memandang apalagi kalau berukhwah dengannya.

Pribadi sukses yang dimiliki oleh sahabiah tersebut adalah paduan semua karakter yang membentuk karakter unik iaitu shalihun linafsihi wa naafi'un lighairihi (shalih bagi dirinya dan memberi manfaat bagi sesama). Mampukah saya menjadi seperti sahabiah tersebut? Bagaimana mungkin seseorang dapat memberi kebaikan kepada sesamanya kalau dia sendiri jauh daripada kebaikan? Bagaimana seseorang dapat menolong orang yang tenggelam kalau dia sendiri tak mampu berenang? Tidakkah hanya akan menambah korban?

Justeru, tiada yang mustahil bagi Allah. Sebenarnya kita pasti boleh! Hanya dengan tekad, usaha dan disertai doa yang berterusan kepada Allah, saya yakin sesiapa sahaja boleh meneladani qudwah hasanah Rasulullah tercinta...amin ya Rabb!

Peribadi sukses menurut Al-Quran dapat digambarkan pada:
Keperibadian lebah (An-Nahl, 16:67-69). Lebah selalu mandiri dan percaya diri. Mampu membuat rumah di gunung-gunung, pepohonan dan di gua-gua serta sentiasa memakan yang baik-baik, halal dan thoyyibah. Menghasilkan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Membantu penyerbukan pada bunga dan tumbuhan merupakan dimensi sosial kemasyarakatan. Berani membela diri dan memiliki sengatan untuk melindungi diri daripada kezaliman. Ranting tak akan patah walau dimana pun ia hinggap.

Generasi Al Kahfi adalah gambaran para pemuda yang istiqomah mempertahankan keimanan, meski harus bersembunyidi dalam gua selama 309 tahun.

Generasi Qur'ani (Ali Imran,3:79) merupakan pribadi teladan yang sentiasa mengajarkan Al-Quran dan sentiasa mepelajarinya di antara mereka.

Khairu Ummat (Ali Imran,3:110) atau ummat terbaik yang sentiasa melakukan perbaikan di tengah masyarakat dengan dakwah kepada Allah, amar ma'ruf dan nahi mungkar serta iltizam di jalan Allah.

Rabbaniyyun (Ali Imran, 3:146-147) atau generasi rabbani yang mewarisi nilai-nilai dakwah ke jalan Allah. Ciri generasi ini adalah:
* Tidak dihinggapi penyakit wahn (cinta dunia dan takut mati)
* Tidak mudah putus asa dan tergesa-gesa meraih kesuksesan.
* Tidak lemah mengharungi tipu daya duniawi baik berupa harta, tahta,
wanita, dan sebagainya.

Rujukan: Buku Tarbiyah Dzatiyah (Solihin Abu 'Izzudin)

Labels:

Friday, September 24, 2010

Eidulfitri Bermakna Dengan Bersilaturrahim...

'Ilalliqo' Ya Ramadhan, Ahlan Wasahlan Ya Syawal'...Seronok sungguh kanak-kanak terutamanya bila hampir tiba bulan Syawal..hari demi hari dihitung. Penat puasa tak terasa bagi mereka lagi terutama apabila baju raya telah siap di depan mata. Rasa teruja sungguh bila membantu emak membuat kuih raya..

Apabila bulan Syawal tiba, meriah terasa suasana apabila kedengaran takbir di pagi hari..setelah solat sunat Eidulfitri, berpusu-pusu pula manusia ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara mereka yang telah pergi. Kemudian, bermulalah aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara. Segalanya seperti adat bagi kita menjalaninya di pagi hari Raya Eidulfitri atau Eidul Adha, kadang-kala tanpa kita sedar, kita telah pun mengikuti sunnah Rasulullah saw.

Bagi kanak-kanak, mereka mungkin belum memahami erti kenapa perlunya kita saling mengunjungi saudara-mara terutamanya. Bagi mereka, hanya dengan mengunjungi rumah ke rumah adalah peluang mereka untuk mengumpul duit raya. Ya..saya akui, semasa kecil saya juga berfikiran begitu. Hilang rasa malu bila fikirkan duit raya, lebih-lebih lagi kalau berkumpulan dengan adik-beradik dan sepupu yang lain..siap merancang lagi rumah mana yang kena pergi, kalau rumah yang macam mewah je, rumah itu yang dituju dahulu..=p

Setelah dewasa sekarang, rasa seronok berkunjung itu berbeza walaupun saya pula yang memberi duit raya.Seronok memberi itu lebih nikmat daripada menerima..walaupun pemberian itu tidaklah banyak tapi terasa lapang dada.
Apa yang penting, dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara atau sahabat handai dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan. Hubungan yang keruh sebelumnya, kembali jernih semula. Sebenarnya dengan menghubungkan silaturrahim, dapat melapangkan rezeki kita, dipanjangkan usia dan pintu syurga terbuka untuk kita.

Anas bin Malik r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." (H.R Shahih Muslim)

Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im r.a katanya bapanya mengabarkan kepadanya bahawa Rasulullah saw bersabda:"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim." (H.R Shahih Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah saw bersabda:"Janganlah kamu saling marah, jangan saling dengki, dan jangan pula saling tak acuh satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari." (H.R Shahih Muslim)

Labels:

Wednesday, July 28, 2010

Kisah Ibrahim Al-Miski....Lelaki Yang Mendalam Imannya



"Sesungguhnya kami selalu mencium bau harum minyak misik dari tubuhmu. Kalau boleh tahu, apa sebenarnya penyebab anda selalu memakai minyak misik setiap saat?", kata seseorang kepada Abu Bakar Al-Miski lalu dijawabnya,"Demi Allah, sungguh aku tidak memakai minyak misik sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, aku akan cerita penyebab tubuhku selalu mengeluarkan bau harum minyak misik. Dahulu pernah ada seorang wanita tidak berakhlak menipu dan memperdayaku sehingga ia mampu memaksaku masuk ke rumahnya.

Setelah itu, tiba-tiba ia menutup semua pintu rumahnya dan berusaha menggoda serta merayuku. Pada waktu itu aku sangat bingung sekali. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan supaya aku boleh keluar dari rumahnya. Sehingga akhirnya aku mendapatkan penyelesaian yang kufikir agak keterlaluan. Aku berkata kepadanya, 'Aku ingin pergi sebentar ke tandas untuk bersuci.' Lalu, wanita itu memanggil pembantunya dan memerintahkannya untuk mengantarkanku ke tandas.

Setelah sampai di tandas, aku mengambil kotoran dan melumurkannya ke seluruh tubuhku. Lalu aku kembali kepadanya dalam keadaan seluruh tubuhku penuh dengan kotoran. Ketika melihatku dalam keadaan seperti itu, ia sangat keliru sekali. Seketika itu juga ia memanggil pembantunya untuk mengeluarkan aku dari rumahnya. Lalu aku pun pulang ke rumah dan membersihkan seluruh tubuhku yang penuh dengan kotoran.

Pada malam harinya, ketika sedang tidur aku bermimpi melihat seseorang berkata kepadaku, 'Abu Bakar, kamu telah melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan orang selainmu. Mulai sekarang Aku akan menjadikan tubuhmu selalu harum di dunia dan akhirat.' Begitulah mulai saat itu tubuhku selalu mengeluarkan bau harum minyak misik dan hal itu masih berlanjut sampai sekarang." (*)

Subhanallah, harapnya masih ramai lelaki yang beriman seperti lelaki yang bergelar al-Miski tersebut. Betapa ramainya manusia yang telah luntur imannya dan hidup bertuhankan nafsu sehinggakan anak, saudara sendiri atau anak saudara pun boleh menjadi mangsa mereka yang bernafsu binatang ini. Ada yang sanggup mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup orang lain seolah-olah tiada lagi jalan lain untuk mendapatkan sumber rezeki melainkan dengan menjual kehormatan diri.

Setiap manusia itu pasti diuji, moga Allah melindungi dan memelihara kita daripada ujian nafsu yang haram dan dicela Allah...amin.

(*) Ibnul Jauzi, Al-Mawa'idz wa Al Majalis, hlm 224.

Labels:

Friday, July 9, 2010

Scientist's Interpretation of References to Embryology in the Qur'an

Statements referring to human reproduction and development are scattered throughout the Qur'an. It is only recently that the scientific meaning of some of these verses has been appreciated fully. The long delay in interpreting these verses correctly resulted mainly from inaccurate translations and commentaries and from a lack of awareness of scientific knowledge.

Interest in explanations of the verses of the Qur'an is not new. People used to ask the prophet Muhammad all sorts of questions about the meaning of verses referring to human reproduction. The Apostle's answers form the basis of the Hadith literature.

The translations(*) of the verses from the Qur'an which are interpreted in this paper were provided by Sheik Abdul Majid Zendani, a Professor of Islamic Studies in King Abdulaziz University in Jeddah, Saudi Arabia.

"He makes you in the wombs of your mothers in stages, one after another, in three veils of darkness."

This statement is from Sura 39:6. We do not know when it was realized that human beings underwent development in the uterus (womb), but the first known illustration of a fetus in the uterus was drawn by Leonardo da Vinci in the 15th century. In the 2nd century A.D., Galen described the placenta and fetal membranes in his book "On The Formation of the Foetus."

Consequently, doctors in the 7th century A.D. likely knew that the human embryo developed in the uterus. It is unlikely that they knew that it developed in stages, even though Aristotle had described the stages of development of the chick embryo in the 4th century B.C. The realization that the human embryo develops in stages was not discussed and illustrated until the 15th century.

After the microscope was discovered in the 17th century by Leeuwenhoek descriptions were made of the early stages of the chick embryo. The staging of human embryos was not described until the 20th century. Streeter (1941) developed the first system of staging which has now been replaced by a more accurate system proposed by O'Rahilly (1972).

"The three veils of darkness" may refer to:

(l) the anterior abdominal wall
(2) the uterine wall
(3) the amniochorionic membrane.
Although there are other interpretations of this statement, the one presented here seems the most logical from an embryological point of view.

"Then We placed him as a drop in a place of rest."

This statement is from Sura 23:13. The drop or nutfah has been interpreted as the sperm or spermatozoon, but a more meaningful interpretation would be the zygote which divides to form a blastocyst which is implanted in the uterus ("a place of rest"). This interpretation is supported by another verse in the Qur'an which states that "a human being is created from a mixed drop." The zygote forms by the union of a mixture of the sperm and the ovum ("The mixed drop").

"Then We made the drop into a leech-like structure."

This statement is from Sura 23:14. The word "alaqah" refers to a leech or bloodsucker. This is an appropriate description of the human embryo from days 7-24 when it clings to the endometrium of the uterus, in the same way that a leech clings to the skin. Just as the leech derives blood from the host, the human embryo derives blood from the decidua or pregnant endometrium. It is remarkable how much the embryo of 23-24 days resembles a leech. As there were no microscopes or lenses available in the 7th century, doctors would not have known that the human embryo had this leech-like appearance. In the early part of the fourth week, the embryo is just visible to the unaided eye because it is smaller than a kernel of wheat.

"Then of that leech-like structure, We made a chewed lump."

This statement is also from Surah 23:14. The Arabic word "mudghah" means "chewed substance or chewed lump." Toward the end of the fourth week, the human embryo looks somewhat like a chewed lump of flesh (Fig. 3). The chewed appearance results from the somites which resemble teeth marks. The somites represent the beginnings or primordia of the vertebrae.

"Then We made out of the chewed lump, bones, and clothed the bones in flesh."

This continuation of Surah 23:14 indicates that out of the chewed lump stage, bones and muscles form. This is in accordance with embryological development. First the bones form as cartilage models and then the muscles (flesh) develop around them from the somatic mesoderm.

"Then We developed out of it another creature."

This next part of Surah 23:14 implies that the bones and muscles result in the formation of another creature. This may refer to the human-like embryo that forms by the end of the eighth week. At this stage it has distinctive human characteristics and possesses the primordia of all the internal and external organs and parts. After the eighth week, the human embryo is called a fetus. This may be the new creature to which the verse refers.

"And He gave you hearing and sight and feeling and understanding."

This part of Surah 32:9 indicates that the special senses of hearing, seeing, and feeling develop in this order, which is true. The primordia of the internal ears appear before the beginning of the eyes, and the brain (the site of understanding) differentiates last.

"Then out of a piece of chewed flesh, partly formed and partly unformed."

This part of Surah 22:5 seems to indicate that the embryo is composed of both differentiated and undifferentiated tissues. For example, when the cartilage bones are differentiated, the embryonic connective tissue or mesenchyme around them is undifferentiated. It later differentiates into the muscles and ligaments attached to the bones.

"And We cause whom We will to rest in the wombs for an appointed term."

This next part of Surah 22:5 seems to imply that God determines which embryos will remain in the uterus until full term. It is well known that many embryos abort during the first month of development, and that only about 30% of zygotes that form, develop into fetuses that survive until birth. This verse has also been interpreted to mean that God determines whether the embryo will develop into a boy or girl.

The interpretation of the verses in the Qur'an referring to human development would not have been possible in the 7th century A.D., or even a hundred years ago. We can interpret them now because the science of modern Embryology affords us new understanding. Undoubtedly there are other verses in the Qur'an related to human development that will be understood in the future as our knowledge increases.

This article copied from my husband's email.

Labels:

Surat Mujahidah Palestina untuk Muslimah di Indonesia

Pasca kepulangan tim Relawan Komat yang berangkat ke Gaza, Palestina, beberapa waktu lalu, sebuah surat khusus dari mujahidah Palestina dititipkan melalui Relawan KOMAT Palestina, al-Ustadz Muhammad Ikhwan Abdul Jalil, Lc.

Surat tersebut berbahasa Arab yang kemudian diterjemahkan oleh Divisi Kajian Komat Palestina, ustadz Abul Miqdad Al-Madany. Berikut isi surat terbuka yang diperuntukkan kepada para muslimah di Indonesia ini.

Bismillahirrahmanir rahim
Saudari-saudariku para muslimah di Indonesia…
Aku sampaikan salam penghormatanku untuk kalian, salam penghormatan Islam yang agung:

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Amma ba’du…

Kami adalah saudari-saudari muslimah kalian di Palestina. Kami tumbuh di medan ribath dan jihad. Dan kami selalu berusaha untuk berpegang teguh pada agama kami yang agung, serta mendidik anak-anak kami untuk itu. Karena berpegang teguh pada agama Islam adalah (satu-satunya) tali keselamatan, berdasarkan Firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran:

“Dan barang siapa yang menginginkan selain Islam sebagai agama, maka itu tidak akan diterima darinya, dan kelak di akhirat ia termasuk orang-orang yang merugi.”

Karena itu, kami selalu berusaha untuk komitmen dengan al-Qur’an dan keislaman kami. Dan seperti itu pula komitmen pemerintahan Islam kami untuk menumbuhkan sebuah generasi yang selalu menjaga al-Qur’an, serta melahirkan ribuan penghafal Kitabullah di setiap tahunnya.

Dari bumi Palestina,medan ribath ini, kami mengirimkan surat persaudaraan dari lubuk hati yang dipenuhi cinta kepada saudari-saudari kami di Indonesia. Melalui surat ini, kami haturkan rasa terima kasih kepada semuanya atas sikap dan dukungan mereka untuk anak-anak bangsa Palestina kami.

Melalui surat ini juga, kami mendorong mereka untuk selalu mentarbiyah (membina) anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah dan komitmen dengan Syariat Allah; karena dalam itu semua terdapat pembinaan terhadap ruh dan jiwa, serta keteladanan terhadap akhlak Rasul kita yang mulia Shallallahu ‘ALaihi wa Sallam dan para sahabatnya yang mulia. Perhatikanlah sahabat mulia, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu ketika mengatakan:

“Janganlah seorang dari kalian meminta dari dirinya selain al-Qur’an. Sebab jika ia mencintai al-Qur’an dan mengaguminya, niscaya ia akan mencintai Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Namun jika membenci al-Qur’an, maka ia akan membenci Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.”

Karena itu, siapakah di antara kita yang dapat menerima dirinya atau anak-anaknya menjadi orang yang benci kepada Allah dan Rasul-Nya yang kelak akan memberi syafaat kepada kita di hari kiamat?

Itulah sebabnya, saya membisikkan ke telinga saudara-saudara kami tercinta, kaum muslimin di manapun berada: “Kalian harus terus mempelajari dan menghafalkan al-Qur’an, serta berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Islam. Sebab sesungguhnya siapapun yang menginginkan kemuliaan dengan Islam, niscaya Allah akan memuliakannya. Namun siapa yang mencari kemuliaan dengan selain Islam, niscaya Allah akan menghinakannya.”

Semoga Allah selalu memberikan taufiq-Nya untuk kalian untuk mengikuti apa saja yang dicintai dan diridhai-Nya.

Saudari-saudarimu, para muslimah yang sedang berjihad di bumi Palestina
Gaza, 29/6/2010. (mnh)


Posted by: MiE HilMI ZAinaL

Labels:

Wednesday, June 23, 2010

Cinta Kerana Allah

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu. “Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik. “Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling. Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa… Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega. Ah, agungnya sejarah itu.

Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi. Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan… Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya! Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia. Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai! Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar.

Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar. Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak. Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

From: asliza mohd daud

Labels: