Musafir Lalu, Penyejuk Kalbu

"...Jadilah kamu generasi Rabbani-yang sempurna iman dan taqwanya , dikeranakan kamu sentiasa mengajarkan kitab dan dikeranakan kamu sentiasa mempelajarinya." (Ali Imran:79)

Monday, April 5, 2010

Ustazah, mana hadiah saya?

18 Jan 2010 saya mencipta sejarah sendiri, berkhidmat sebagai guru PAFA di sekolah rendah saya dulu. Sebelum ni saya risau juga nak mengajar budak sekolah rendah ni..dalam fikiran saya, mesti banyak hal kalau dengan budak2 kecik ni. Bila dah mula mengajar, rasa seronok pun ada..4 hari seminggu saya akan menatap wajah anak-anak murid yang comel-comel, maklumlah baru darjah satu, comel2 la lagi...kadang2 rasa nak peluk dan cium mereka..seperti yang Rasulullah lakukan pada cucu baginda..tapi kadang2 geram juga rasanya..apa tidaknya, kita mengajar di depan kelas..ada pula yang bergusti kat belakang kelas, sabar je lah, tapi dalam sabar-sabar tu saya bagi jugalah hadiah hayunan pembaris panjang di kaki mereka sebagai hukuman pengajaran je supaya mereka tak buat lagi dan tahu menghormati cikgu. Cuma mereka ni ada yang tak makan saman, ye lah..budak-budaklah katakan..Kena bagi peringatan selalu dan yang paling penting, bila mereka dihukum, kita mesti jelaskan, kenapa mereka dihukum supaya emosi anak-anak ini tidak mudah berdendam...hukuman rotan itu adalah solusi yang terakhir selepas mereka diberi peringatan dan teguran terlebih dahulu.

Pernah sekali tu saya tegur seorang anak murid bernama Adam, Adam ni memang bijak budaknya, comel dan hensem gak la..tapi nakal sikit. Kalu buat kerja sekolah yang diberi mesti dia cepat-cepat nak siapkan, baguslah juga..tapi bila dah siap..dia suka ganggu orang lain, yang ni yang tak best..pernah sekali saya tegur dia tapi dia ulang lagi kesalahannya..apalagi saya hayunlah pembaris di kakinya..emmm..tapi apa yang menyedihkan bleh pula dia cakap..”Tak sakit pun..alaa..ustazah ni bukanlah garang sangat..”. Sakit jugalah hati dibuatnya, tapi Alhamdulillah saya mampu menahan sabar. Em, walaupun mereka ni nakal tapi mereka suka nak bermanja-manja dengan saya, em, saya layanlah…saya suka sangat usap kepala mereka dan kadang-kadang bila buat aktiviti, saya suka bagi mereka hadiah. Berebut-rebut dan ‘excited’ la mereka nak menjawab soalan walaupun mereka tak tahu sebenarnya. Bila suasana kelam-kabut sikit, saya pernah terlupa nak bagi hadiah pada seorang murid ni, dia terus bertanya, "Ustazah, mana hadiah saya?", "Ops,maaf ye ustazah terlupa tadi," saya menjawab, rasa sayangnya pada mereka. Kesan daripada itu, mereka tidak takut untuk bertanya dan mengadu pada saya jika mereka tak reti menjawab soalan, walaupun sebelum itu saya pernah merotan mereka.

Diriwayatkan dari As-Saib Ibnu Zaid r.a yang saat itu dia masih anak-anak, ia mengatakan:”Aku melihat Rasulullah saw, maka aku dan beberapa orang anak lainnya yang sebaya dengankumasuk menemuinya. Ternyata kami jumpai beliau sedang makan buah kurma dari sebuah keranjang bersama dengan beberapa orang sahabatnya. Melihat kedatangan kamiyang masih anak-anak, beliau bangkit, lalu memberikan masing-masing dari kami segenggam kurma dari keranjang itu sembari mengusap kepala kami.” (hadits diketengahkan oleh Thabarani dalam Al-Mu’jamul Ausath juz 9 Hadits no.4853 dan Al-Mu’jamul KAbir juz 9 Hadits no.6695.)

Labels: