Eidulfitri Bermakna Dengan Bersilaturrahim...
'Ilalliqo' Ya Ramadhan, Ahlan Wasahlan Ya Syawal'...Seronok sungguh kanak-kanak terutamanya bila hampir tiba bulan Syawal..hari demi hari dihitung. Penat puasa tak terasa bagi mereka lagi terutama apabila baju raya telah siap di depan mata. Rasa teruja sungguh bila membantu emak membuat kuih raya..
Apabila bulan Syawal tiba, meriah terasa suasana apabila kedengaran takbir di pagi hari..setelah solat sunat Eidulfitri, berpusu-pusu pula manusia ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara mereka yang telah pergi. Kemudian, bermulalah aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara. Segalanya seperti adat bagi kita menjalaninya di pagi hari Raya Eidulfitri atau Eidul Adha, kadang-kala tanpa kita sedar, kita telah pun mengikuti sunnah Rasulullah saw.
Bagi kanak-kanak, mereka mungkin belum memahami erti kenapa perlunya kita saling mengunjungi saudara-mara terutamanya. Bagi mereka, hanya dengan mengunjungi rumah ke rumah adalah peluang mereka untuk mengumpul duit raya. Ya..saya akui, semasa kecil saya juga berfikiran begitu. Hilang rasa malu bila fikirkan duit raya, lebih-lebih lagi kalau berkumpulan dengan adik-beradik dan sepupu yang lain..siap merancang lagi rumah mana yang kena pergi, kalau rumah yang macam mewah je, rumah itu yang dituju dahulu..=p
Setelah dewasa sekarang, rasa seronok berkunjung itu berbeza walaupun saya pula yang memberi duit raya.Seronok memberi itu lebih nikmat daripada menerima..walaupun pemberian itu tidaklah banyak tapi terasa lapang dada.
Apa yang penting, dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara atau sahabat handai dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan. Hubungan yang keruh sebelumnya, kembali jernih semula. Sebenarnya dengan menghubungkan silaturrahim, dapat melapangkan rezeki kita, dipanjangkan usia dan pintu syurga terbuka untuk kita.
Anas bin Malik r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." (H.R Shahih Muslim)
Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im r.a katanya bapanya mengabarkan kepadanya bahawa Rasulullah saw bersabda:"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim." (H.R Shahih Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah saw bersabda:"Janganlah kamu saling marah, jangan saling dengki, dan jangan pula saling tak acuh satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari." (H.R Shahih Muslim)

Labels: Akhlak Muslim

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home