Pedihnya lidah itu...
Saya pernah berbual dengan seorang kakak, dia menceritakan gelagat anak-anaknya yang membuatkan saya geli hati. Ternyata anak-anaknya diakuinya sendiri memang nakal, tapi dihati saya, saya yakin mereka pasti akan menjadi seorang yang hebat satu masa nanti jika ibu bapanya tetap sabar mendidik mereka.
Rancak kami berbual-bual, saya rasa terkilan dengan satu kisah tentang anaknya. Menurut ceritanya, pernah satu ketika pada hari pertama anaknya di sekolah rendah, almaklumlah budak-budak bila ditempat baru mesti tak boleh duduk diam, jenguk sana- jenguk sini, tiba-tiba ada seorang guru yang masuk ke kelas anaknya dan bercakap sesuatu tetapi kebetulan anaknya pada masa itu teruja untuk menjenguk di tingkap. Tiba-tiba cikgu memanggilnya, “Hei org tua, buat apa tu?”,selepas itu, semua kwan-kawan kelasnya mengejeknya dengan gelar “org tua”. Si anak tadi mengadu pada ibunya kerana tidak suka diejek oleh kawan-kawan. Kakak tadi mengatakan, “Memamglah anak akak kecil-kecil sudah pakai cermin mata, akak tak kesah kalau cikgu nak tegur anak, tapi biarlah dengan kata-kata yang betul”.
Kisah kakak tadi menjadi peringatan bagi saya tentang cara nak mendidik anak-anak. Tidak sepatutnya seorang guru mengeluarkan kata-kata kesat atau celaan atau memberi gelaran yang buruk pada anak-anak didiknya walau seteruk mana sekalipun perangai anak didik tersebut.
Saya juga pernah mendengar ada seorang ibu yang sangat marah pada anaknya sehinggakan mengatakan pada anaknya, “Kau ni memang anak sial”…Astagfirullahal azhim..sedih hati saya mendengarkan kata-kata itu, bahayanya kata-kata ibu itu kerana itu merupakan doa untuk anaknya..
“Ya Allah, berilah hambamu ini kesabaran nabi Muhammad dalam mendidik Anas, Ibnu Abbas, Zaid Ibnu Haritsah, Usamah b. Zaid, anak-anak Jaafar, dan anak-anak lainnya…amin”.
Anas r.a pernah mengungkapkan hadits berikut:
“Aku telah melayani Rasulullah saw selama 10 tahun. Demi Allah, beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata herdikan kepadaku, tidak pernah menanyakan: ‘Mengapa engkau lakukan?’ dan pula tidak pernah mengatakan: ‘Mengapa tidak engkau lakukan?” (Bukhari, Kitabul Adab 5578, Muslim, Kitabhul Fudhail 4269, dan selain keduanya.)
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Tidaklah beliau sekali-kali beliau memerintahkan sesuatu kepadaku, kemudian aku menangguhkan perlaksanaannya atau menyia-nyiakannya, lalu beliau mencelaku. Jika salah seorang dari ahli baitnya mencelaku, justru beliau membelaku: ‘Biarkanlah dia, seandainya hal itu ditakdirkan terjadi, pastilah akan terjadi.’” (Ahmad, lanjutan Musnadul Muktsirin 12938)
Al-Imam Al-Ghazali ra sehubungan dengan hal ini mempunyai nasihat yang berharga untuk para murabbi. Ia mengatakan: “Jangan anda banyak mengarahkan anak didik anda dengan celaan setiap saat, kerana sesungguhnya yang bersangkutan akan terbiasa dengan celaan. Akhirnya ia akan bertambah berani melakukan keburukan dan nasihat pun tidak dapat mempengaruhi hatinya lagi. Hendaklah seorang pendidik selalu menjaga sikap wibawa dalam berbicara dengan anak didiknya. Untuk itu, janganlah ia sering mencelanya, kecuali hanya sesekali sahaja, dan hendaknya sang ibu mempertakuti anaknya dengan ayahnya serta membantu sang ayah mencegah anak dari melakukan keburukan.” (Ihya ‘Ulumuddin juz 3)

Labels: Pendidikan Anak

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home